Tuesday, 22 May 2018

PERBEZAAN ANTARA POKOK KANTAN DAN POKOK TUHAU



PERBEZAAN POKOK KANTAN DAN POKOK TUHAU.

Salam sejahtera.


Saya ingin berkongsi dengan anda tentang perbezaan Pokok  Kantan Dan Pokok Tuhau.kenapa ini menjadi isu pula kn…hihi….sebab ramai bah yang tidak kenal ni pokok…

Baiklah pokok kantan dan tuhau biasanya banyak tumbuh di kawasan yang lembab dan redup, ia boleh dilihat subur di kawasan tepi sungai dan tanah rendah. kawasan pedalaman Sabah ini terutama di Daerah Keningau , Tambunan, Tenom, Ranau dan juga Nabawan pokok ini mudah ditemui. Di kawasan pedalaman ini ada  beberapa jenis makanan yang sangat terkenal di anggap sebagai makanan Tradisi Kaum Dusun Dan Kaum Murut yang menggunakan dua bahan ini…kalau pasal makanan ni kita kena buat satu tajuk lain lagi…sebab memang banyak .  Isunya ialah kedua dua pokok ini memang sama  tapi berlainan…ehh..macamna tu...jadi perkongsian ini adalah untuk mereka yang ada keperluan untuk membezakan antara pokok tuhau dan pokok kantan ini.

noor
pokok kantan dan pokok tuhau yang terdapat di Taman Rekreasi
Bukit Trig hidup dalam satu rumpun





Kebetulan pula ada satu tempat di Daerah Keningau iaitu di Pekan Apin-Apin,tepatnya  di  Taman Rekreasi Bukit Trig…d mana terdapatnya  kedua-dua  pokok ini dan ianya tumbuh berdekatan.…kerja jadi mudah…sebelum tu.. mari saya bawa anda ke sini dahulu manatau ada peluang kesini kn…


Taman Rekreasi Bukit Trig ini atau lebih popular dengan nama Bukit Trig sahaja terletak  kira-kira 19 km dari Bandar Keningau dan 500mtr sahaja dari simpang Pekan  Apin-Apin.




Tempat ini sangat terkenal dikalangan para hikers atau pendaki tempatan mahupun luar Negara kerana laluan atau trailnya yang sangat menarik seperti rollercoster..memang boleh mencabar diri kepada sesiapa yang inginkan atau sukakan cabaran…juga yang berjiwa kental….anda wajip ke sini..anda akan disajikan dengan keindahan flora dan fauna tidak ketinggalan juga pemandangan yang sangat cantik di sepanjang laluannya menanti kunjungan anda.

norhayati
Gunung Kinabalu kelihatan dari cp2 Bukit Trig

Kemegahan Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi akan kelihatan dari atas puncak Bukit Trig.

Pihak pengurusan  Bukit Trig akan membantu anda untuk tujuan lawatan anda kesini. Pakej A laluan sepanjang 1.57km untuk laluan biasa dan pakej B laluan cabaran iaitu sepanjang 2.49km.

Ada satu tempat lagi yang harus anda lawati bila kesini iaitu Lubang Mondou yang  mempunyai ceritanya tersendiri.









Kebetulan pula tahun 2018 ini adalah Tahun Melawat Keningau, jadi banyak tempat yang menarik ada di sekitar Daerah Keningau ini yang wajip untuk di kunjungi… jadi bersesuaian lah jika anda kesini.






Panjang sudah Promosi Tahun Melawat Keningau 2018 saya ni…..KENINGAU The Hinterland Gem Of North Borneo.



Sambung semula pasal miss tuhau dan cik kantan.

Baiklah…fizikal kedua pokok ini adalah sama, berdaun lebar dan panjang , batang berdaun yang lurus. Ia adalah termasuk dalam keluarga seperti lengkuas dan halia.pokok ini langsung tidak dapat dibezakan.. atau memang susah untuk dibezakan …


                                                             daun pokok tuhau

daun pokok kantan

Tetapi bila  anda mengambil sedikit atau mengoyakkan sedikit daunnya untuk di hidu…naa…di sini baru kita boleh kenal atau bezakan mana satu miss tuhau dan mana satu cik kantan. Kantan berbau agak lembut sedikit dari tuhau…bau kantan ni agak biasa dengan kita tapi bau tuhau pula memang agak kuat dan   ada sesetengah orang tidak suka dengan bau ini…macam bau serangga atau kumbang padi tu pun ada…


Satu lagi perbezaan ketara antara miss tuhau dan cik kantan ni ialah bunganya.




                           

                                                             bunga kantan

Pokok bunga kantan akan berbunga dari batangnya sendiri,dari kuncup hingga kembang, apabila kembang ia akan berwarna pink. Bunganya selalu digunakan dalam masakan, contoh makanan terkenal yang menggunakan bunga kantan ialah  laksa…siapa yang suka makan laksa tentu tahu.
Dan makanan tradisi sabah yang menggunakan Bunga kantan ialah seperti sambal bilis bunga kantan,sambal mangga kantan dengan udang kering ,sayur campur daun bawang kantan dan banyk lagi…ni makanan kegemaran saya…hihi. https://www.google.com/search?rlz=1C1CHBF_enMY794MY794&ei=Q64EW9zkCsX9vgS0q4SACw&q=sayur+campur+sabah&
Umbut kantan ini juga sedap di buat sambal.


Seterusnya, berlainan pula dengan bunga miss tuhau.


                                                                  bunga tuhau

Bunganya tumbuh dan mekar dari akar pokoknya dan keluar atau kembang diatas tanah, sangat berlainan dengan bunga kantan ,bunga tuhau berwarna lebih menarik iaitu apabila kembang ia berwarna merah dan oren kekuningan. Saya belum tahu samada bunga tuhau ini boleh digunakan dalam masakan atau tidak yang pasti umbut dari pokok tuhau ini lah yang sangat terkenal menjadi bahan utama dalam masakan atau pun resepi seperti yang paling terkenal ialah sambal  tuhau basah atau sambal tuhau kering. https://www.google.com/search?q=tuhau+makanan+sabah&rlz=1C1CHBF_enMY794MY794&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ved=0ahUKEwickqLgwprbAhXFvo8KHbQVAbAQsAQIJw
Kedua dua makanan ini terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai makanan yang anda patut rasa apabila berkunjung di kawasan pendalaman ini
selain daripada bosou ikan atau ikan yang dijeruk bersama nasi dan garam.


Perbezaan yang boleh dilihat lagi pada kedua-dua tumbuhan  ini ialah warna batang pokoknya. Pokok kantan batangnya berwarna hijau tua sedikit manakala pokok tuhau batangnya berwarna hijau kekuningan.

batang pokok tuhau

                                                              batang pokok kantan


Inilah tiga perbezaan yang ketara diantara pokok kantan dan pokok tuhau.saya harap anda berpuas hati dengan perkongsian saya ini.komen anda amat dialu-alukan.

sekian.
kita akan sambung lagi cerita kantan dan tuhau ni akan datang.
Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi pengalaman dengan saya.
Salam sejahtera.
  


30 comments:

  1. Terima kasih. Skrg sy sudah faham dan in sha Allah dpt menerangkan kpd mrk yg disemenanjung yg confuse mengatakan tuhau adalah kantan.

    ReplyDelete
  2. Now I really met miss Tuhau and Cik Kantan...tq

    ReplyDelete
  3. Now I really met miss Tuhau and Cik Kantan...tq

    ReplyDelete
  4. Dimana boleh kita dpt pokok tuhau atau tepus di Semenanjung Malaysia? Amat sedap sekali dibuat sambal, an appetizer, pembuka selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah nampak pokok ni johor dan terengganu...

      Delete
  5. Terima kasih banyak saudara ku
    Saya sudah lama mencari maklumat ini

    ReplyDelete
  6. terima kasih tuan, saya minta keizinan tuan untuk adaptasikan perkongsian tuan ini dalam bentuk video ya? dalam cahnnel saya di youtube

    ReplyDelete
  7. How long does tuhau take to grow?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...its really easy grow plant...about 2 3 weeks you already can see a new leaf..

      Delete
  8. Untuk maklumat tambahan..miss kantan ni mempunyai jenis2 juga...yg saya tahu setakat ni kantan terdapat 3 jenis dan dapat dikenali melalui warna bungany..iaitu pink yv biasa kita nampak kemudian warna merah gelap atau meron dan juga putih...nnt sy cuba up gambar ny di sini klu berpeluang jumpa ya...

    ReplyDelete
  9. Kalau di Kelantan tak silap panggil pokok pepijat, betul ke ni pokok yg sama cuma sebutan je lain-lain mengikut negeri?

    ReplyDelete