Sunday 13 May 2018

kg ritting apin-apin keningau sabah.

hi...
kali ini saya ingin berkongsi dengan anda suatu tempat yang sangat istemewa bagi saya...sebab saya telah berhijrah di sini sejak tahun 2000...

KAMPUNG RITTING APIN-APIN KENINGAU.
https://www.facebook.com/kgritting.apinapin

kampung ritting terletak di mukim apin-apin iatu 19km dari pekan keningau.
Sekiranya anda ingin ke kampung ritting dari pekan keningau anda akan melalui jalan yang paling lurus terpanjang di malaysia iaitu 19km....bestkn...




kampung ritting terletak berhampiran tamu apin-apin
https://www.sayangsabah.com/tamu-apin-apin-mampu-jadi-produk-pelancongan/

penduduk kampung ritting berasal dari kawasan Nunuk Ragang' dalam daerah Tambunan. mereka mula berhijrah pada tahun 1939 dan mula bertapak di kawasan penempatan baru ini pada tahun1940. mereka meneroka hutan menebang pokok kayu kemudian bercucuk tanam dan menjadikan kawasan ini sebagai perkampungan baru bagi mereka.

kawasan ini sangat strategik pada masa itu kerana mempunyai beberapa batang sungai yang boleh di jadikan sebagai laluan perhubungan dan menjadi sumber air utama untuk kegunaan harian dan juga untuk mengairi tanaman.

penduduk kampung ini membina rumah mereka secara tesusun untuk memudahkan mereka berkawal dan meronda dari serangan binatang dan ancaman musuh pada ketika itu.keadaan ini juga memudahkan mereka mendapat bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

kemudian kampung ini dinamakan rittingon' yang bermaksud tersusun dalam bahasa melayu sempena rumah yang dibina dalam keadaan tersusun itu.
setelah zaman berubah nama kampung ini menjadi ritting untuk memudahkan orang menyebutnya.

tetapi...

ada satu lagi sejarah berkaitan kampung ritting ini yang menarik perhatian saya untuk mengetahuinya iaitu sinimbitan'yang bermaksud disambar burung...apa dia ...tunggu...hihi.

sekian untuk kali ini .
terima kasih.






2 comments:

  1. nnt kita kasi masuk info lagi pasal kampung ritting...

    ReplyDelete
  2. dan gambar gambar yang berkaitan

    ReplyDelete