PERBEZAAN POKOK KANTAN DAN POKOK TUHAU.
Salam sejahtera.
Pokok Kantan Vs Pokok Tuhau.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Kantan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuhau
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Kantan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuhau
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang perbezaan
Pokok Kantan Dan Pokok Tuhau.kenapa ini
menjadi isu pula kn…hihi….sebab ramai bah yang tidak kenal ni pokok…
Baiklah pokok kantan dan tuhau biasanya banyak tumbuh di
kawasan yang lembab dan redup, ia boleh dilihat subur di kawasan tepi sungai
dan tanah rendah. kawasan pedalaman Sabah ini terutama di Daerah Keningau ,
Tambunan, Tenom, Ranau dan juga Nabawan pokok ini mudah ditemui. Di kawasan pedalaman
ini ada beberapa jenis makanan yang sangat
terkenal di anggap sebagai makanan Tradisi Kaum Dusun Dan Kaum Murut yang
menggunakan dua bahan ini…kalau pasal makanan ni kita kena buat satu tajuk lain
lagi…sebab memang banyak . Isunya ialah
kedua dua pokok ini memang sama tapi
berlainan…ehh..macamna tu...jadi perkongsian ini adalah untuk mereka yang ada
keperluan untuk membezakan antara pokok tuhau dan pokok kantan ini.
pokok kantan dan pokok tuhau yang terdapat di Taman Rekreasi Bukit Trig hidup dalam satu rumpun |
Kebetulan pula ada satu tempat di Daerah Keningau iaitu
di Pekan Apin-Apin,tepatnya di Taman Rekreasi Bukit Trig…d mana terdapatnya kedua-dua pokok ini dan ianya tumbuh berdekatan.…kerja
jadi mudah…sebelum tu.. mari saya bawa anda ke sini dahulu manatau ada peluang kesini kn…
Taman Rekreasi Bukit Trig ini atau lebih popular dengan
nama Bukit Trig sahaja terletak kira-kira
19 km dari Bandar Keningau dan 500mtr sahaja dari simpang Pekan Apin-Apin.
Tempat ini sangat terkenal dikalangan para hikers atau
pendaki tempatan mahupun luar Negara kerana laluan atau trailnya yang sangat
menarik seperti rollercoster..memang boleh mencabar diri kepada sesiapa yang
inginkan atau sukakan cabaran…juga yang berjiwa kental….anda wajip ke sini..anda
akan disajikan dengan keindahan flora dan fauna tidak ketinggalan juga
pemandangan yang sangat cantik di sepanjang laluannya menanti kunjungan anda.
Gunung Kinabalu kelihatan dari cp2 Bukit Trig |
Kemegahan Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi akan kelihatan dari atas puncak Bukit Trig.
Pihak pengurusan Bukit Trig akan membantu anda untuk tujuan
lawatan anda kesini. Pakej A laluan sepanjang 1.57km untuk laluan biasa dan pakej B laluan cabaran iaitu sepanjang 2.49km.
Ada satu tempat lagi yang harus anda lawati bila kesini
iaitu Lubang Mondou yang mempunyai
ceritanya tersendiri.
Kebetulan pula tahun 2018 ini adalah Tahun Melawat
Keningau, jadi banyak tempat yang menarik ada di sekitar Daerah Keningau ini
yang wajip untuk di kunjungi… jadi bersesuaian lah jika anda kesini.
Panjang sudah Promosi Tahun Melawat Keningau 2018 saya
ni…..KENINGAU The Hinterland Gem Of
North Borneo.
Sambung semula pasal miss tuhau dan cik kantan.
Baiklah…fizikal kedua pokok ini adalah sama, berdaun
lebar dan panjang , batang berdaun yang lurus. Ia adalah termasuk dalam
keluarga seperti lengkuas dan halia.pokok ini langsung tidak dapat dibezakan..
atau memang susah untuk dibezakan …
daun pokok tuhau
daun pokok kantan
Tetapi bila anda
mengambil sedikit atau mengoyakkan sedikit daunnya untuk di hidu…naa…di sini
baru kita boleh kenal atau bezakan mana satu miss tuhau dan mana satu cik kantan.
Kantan berbau agak lembut sedikit dari tuhau…bau kantan ni agak biasa dengan
kita tapi bau tuhau pula memang agak kuat dan
ada sesetengah orang tidak suka dengan bau ini…macam bau serangga atau
kumbang padi tu pun ada…
Satu lagi perbezaan ketara antara miss tuhau dan cik
kantan ni ialah bunganya.
Pokok bunga kantan akan berbunga dari batangnya
sendiri,dari kuncup hingga kembang, apabila kembang ia akan berwarna pink.
Bunganya selalu digunakan dalam masakan, contoh makanan terkenal yang
menggunakan bunga kantan ialah
laksa…siapa yang suka makan laksa tentu tahu.
Dan makanan tradisi sabah yang menggunakan Bunga kantan
ialah seperti sambal bilis bunga kantan,sambal mangga kantan dengan udang
kering ,sayur campur daun bawang kantan dan banyk lagi…ni makanan kegemaran
saya…hihi. https://www.google.com/search?rlz=1C1CHBF_enMY794MY794&ei=Q64EW9zkCsX9vgS0q4SACw&q=sayur+campur+sabah&
Umbut kantan ini juga sedap di buat sambal.
Seterusnya, berlainan pula dengan bunga miss tuhau.
bunga tuhau
Bunganya tumbuh dan mekar dari akar pokoknya dan keluar
atau kembang diatas tanah, sangat berlainan dengan bunga kantan ,bunga tuhau berwarna
lebih menarik iaitu apabila kembang ia berwarna merah dan oren kekuningan. Saya
belum tahu samada bunga tuhau ini boleh digunakan dalam masakan atau tidak yang
pasti umbut dari pokok tuhau ini lah yang sangat terkenal menjadi bahan utama
dalam masakan atau pun resepi seperti yang paling terkenal ialah sambal tuhau basah atau sambal tuhau kering. https://www.google.com/search?q=tuhau+makanan+sabah&rlz=1C1CHBF_enMY794MY794&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ved=0ahUKEwickqLgwprbAhXFvo8KHbQVAbAQsAQIJw
Kedua
dua makanan ini terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai makanan yang
anda patut rasa apabila berkunjung di kawasan pendalaman ini
selain daripada bosou ikan atau ikan yang dijeruk bersama
nasi dan garam.
Perbezaan yang boleh dilihat lagi pada kedua-dua tumbuhan
ini ialah warna batang pokoknya. Pokok
kantan batangnya berwarna hijau tua sedikit manakala pokok tuhau batangnya
berwarna hijau kekuningan.
batang pokok tuhau
batang pokok kantan
Inilah tiga perbezaan yang ketara diantara pokok kantan
dan pokok tuhau.saya harap anda berpuas hati dengan perkongsian saya ini.komen
anda amat dialu-alukan.
sekian.
kita akan sambung lagi cerita kantan dan tuhau ni akan
datang.
Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi pengalaman
dengan saya.
Salam sejahtera.